Masalah jangkitan kuman dan keputihan

  Masalah Keputihan


Biasanya keputihan disebabkan olih jangkitan kuman - kuman2 bakteria, kulat atau yeast..Tricuomona, Virus dan lain. Keputihan kadang keluar terlalu banyak menysbabkan banyak gangguan pada wanita.

Jangkitan lebih sering berlaku pada wanita gemok yg berpotensi kena kencing manis, yang sedang hamil, pakai alat IUD, atau siapa2 saja. Wanita yg ada erosion pada pangkal rahim dan ia sering dan berulang kali mudah dijangkiti kuman.


Rawatan bergantung pada sebab, kuman perlu diubati dengan ubat antibiotic yg sesuai, Kegunaan ubat pessary berbentuk saperti peluru yg mengandungi ubat2 untuk membunuh kuman tertentu bolih digunakan dan ia perlu dimasukkan kedalam faraj setiap hari selama 5 hari.

Kebersihan faraj perlu dilakukan dengan kaedah 'douching' dan Sitz Bath yang bolih dipelajari dari doctor atau nurse.

Kuatkan immunity dengan makan Vit C 1 Gm dan E 400Iu setiap hari . Jika gemok badan, kena usaha kuruskan badan, kurangkan makan karbohaidret dan gula. Lebihkan sayur2 dan buah2 dalam sajian makan.

Salam Dr.Hamid,

 

Saya berusia 28 tahun,sudah berkahwin selama 4 tahun bersama suami saya (35 tahun) dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Kami pernah menjalani ujian bersama pakar sakit puan di Hospital Selayang di mana suami saya telah menjalani pembedahan memperbetulkan varecosele dan saya telah menjalani laparoskopi yang menunjukkan keputusan keadaan ovari dan rahim saya adalah normal.Berdasarkan ujian air mani di sana, didapati kuantiti sperma di dalam air mani suami saya agak kecil iaitu anggaran 1-3 juta.Untuk pengetahuan doktor, sebelum menjalani ujian di Hospital Selayang saya pernah mengambil pil subur dari Klinik Sakit Puan namun tidak berhasil.Sebelum kami dapat meneruskan dengan prosedur IVF di Hospital Selayang suami saya telah dipanggil bertugas ke Beijing.

 Kami kini menetap di Beijing. Pada Februari tahun ini kami telah mengambil cabaran dengan menjalani IVF di Jiaen Hospital di Beijing.Cabarannya di sini adalah tiada seorang staf nya boleh bertutur bahasa inggeris,hanya mandarin.Kecuali seorang doktor a.k.a pengasasnya, Dr Jiaen Liu yang mana kami berjumpa hanya beberapa kali dan ketika proses mengambil telur dan persenyawaan.Dengan berbekalkan ilmu bahasa mandarin yang asas dan jarak diantara rumah dengan hospital yang jauh kami berkonsultasi dengan pakar2nya yang lain dengan agak sukar kerana harus memahami terma-terma 'medical' dalam bahasa mandarin.walaupun agak mencabar namun kami berjaya meneruskan prosedur IVF hingga ke langkah yang terakhir.

Keputusan IVF kami mengecewakan.Doktor memberitahu telur yang diambil (lima kesemuanya) tidak begitu berkualiti tinggi (gred A) dan hanya 3 dapat disenyawakan dan ia juga tidak berkualiti tinggi.Mungkin itu adalah penyebab IVF kami tidak berjaya. Kami dinasihatkan untuk mengulangi 'IVF cycle' setelah saya selesai 2 menstrual cycle.Namun selepas itu disebabkan kebetulan jadual saya yang agak sibuk, tahap kesuburan saya belum begitu cukup tinggi untuk menjalani IVF.Saya dinasihatkan datang semasa (hari ke2) menstruasi seterusnya.Namun hingga ke hari ini kami belum pergi. Kami seperti agak serik untuk menjalani pengalaman sedemikian, seperti yang diperkatakan ramai,kegagalan IVF adalah kegagalan yang begitu mahal kosnya dan sukar dari segi emosi

Suami berkeputusan untuk menjalani IVF apabila kami sudah pulang 'back for good' ke Malaysia nanti yang mana paling singkat adalah setahun lebih lagi dari sekarang.Saya agak risau kerana usia saya kelak akan mencecah 30-an.Menurut sumber yang saya baca usia terbaik untuk seorang perempuan 'conceive' ialah 28 tahun kebawah, walaupun rata-rata mereka yang menjalani IVF saya lihat agak berusia (yang mana di Jiaen Hospital saya rasa saya antara yang paling muda) namun jika boleh saya ingin memaksimumkan peluang saya untuk hamil.Sebelum datang ke Beijing saya bekerjaya, mungkin agak sibuk untuk 'conceive', namun kini saya tidak bekerja maka saya rasa ini adalah masa terbaik untuk saya mempunyai anak.Apabila saya pulang ke Malaysia kelak saya akan kembali bertugas dan sibuk.

Untuk pengetahuan Doktor,kami akan pulang ke Malaysia untuk bercuti pada 11 November ini (15 November pulang ke Kelantan) dan akan kembali ke Beijing pada 5 Disember.Saya fikir saya boleh minta 'expert advice' daripada Doktor akan situasi kami.Hari pertama menstruasi saya adalah pada 22 Oktober yang lepas jika maklumat ini membantu.Saya tiada masalah senggugut atau komplikasi semasa menstruasi dan 'period' saya 'regular' setiap bulan dalam anggaran 7-9 hari.Beberapa rakan saya telah berjaya hamil dengan bantuan Doktor dan tentunya dari Tuhan yang Maha Besar. Oleh yang demikian saya berfikir 'why not' saya juga mencuba dengan Doktor.Mungkin terdapat komplikasi yang kami terlepas pandang.Saya tahu untuk menjalani proses IVF tidak mungkin dalam masa yang begitu singkat ini,jadi jika doktor ada nasihat yang kami boleh rujuk atau sebarang temujanji yang patut kami buat,saya harap dapat Doktor jelaskan.Kami dahulukan dengan berbanyak terima kasih dengan masa yang doktor ambil untuk membaca emel saya.Semoga kejayaan Doktor menjadi kejayaan kami juga.

 

 

010/11/5 Hamid Arshat <hamidarshat@hotmail.com>

Wasalam,

Saya amat simpati tentang situasi anda. Saya fikiir lebih baik buat IVF ICSI diKL nanti, Umur anda masih muda . Kita ada banyak pesakit yg lebih tua dan berjaya dengan IVF, Sementara itu suami perlu berusaha dapat rawatan. Search Google untuk dapat nasiaht rawatan benih suami.

Cuba ikuti link ini
http://www.urologychannel.com/maleinfertility/treatment_alternative.shtml

Salam sejahtera.

Dr Hamid Arshat
03-2094 1115
website - www.hamidarshat.com

 

Salam Doktor Hamid,

 

Berbanyak terima kasih kerana sudi membalas emel saya.Saya akan mengambil panduan yang diberikan oleh Doktor.Mungkin disebabkan faktor sekeliling yang mana rakan-rakan seusia semakin ramai menimang cahayamata dan orang ramai kerap bertanya bila pula saya ingin memperoleh anak menyebabkan saya berasa masa saya sudah suntuk.Saya percaya Allah lebih mengetahui apa yang baik dan apa yang kurang baik untuk hambanya,walaupun kami begitu berkehendakkan anak tapi mungkin pada hakikatnya kami masih belum bersedia.

Terima kasih juga di atas 'link' yang Doktor berikan.Saya selalu mencari artikel-artikel di internet mengenai masalah berkaitan dengan sukar hamil namun belum 'come accross' website 'urologychannel.com' ini.Saya akan mengesyorkan buat suami saya.

Saya mendoakan apa yang diusahakan oleh Doktor membantu pasangan-pasangan sukar hamil sentiasa sukses dan diredhai Allah kerana saya memahami perasaan mereka. Melihat riak muka gembira sepupu (kembar tiga) dan kakak ipar (kembar dua) saya berjaya melahirkan anak melalui IVF setelah bertahun-tahun mencuba menaikkan lagi semangat saya untuk mencuba. Ia juga meningkatkan rasa hormat saya terhadap Doktor yang membantu mereka. Sesungguhnya kerjaya Doktor Hamid adalah kerjaya yang sangat mulia. Terima kasih.

Assalamualaikm,

 

Alhamdulillah, satelah 21 tahun kita memberi perkhimatan pakar perbidanan dan sakipuan, Allah masih lagi memberi kekuatan dan azam untuk terus berkhidmat. Mohon doa dari semua pelanggang dan pengunjung laman ini agar Allah SWT memberi kita semua keimanan dan taqwa, kesihatan, dan rezeki yang halal dan toiba.


Sambutan kepada perhidmatan kita adalah sangat menggalakkan dan saya menucapkan ribuan terima kasih kerana menaruh kepercayaan kepada saya dan kakitanga klinik saya. Kita akan terus memperbaikki mutu dan tahap khidmat kepakaran kami dari masa kemasa. Teguran dan tindak balas dari pelanggang kita amat dialu2kan. Saya sangat terbuka minda saya terhadap cadangan2 yang bernas.


Saya minta maaf kerana tidak dapat melayan semua soalan2 yang dikemukakan melalui email. Saya akan cuba seberapa yang saya mampu dimasa hadapan.


Kita akan sentiasa mengemas kini kan maklumat2 tentang perkhimatan kepakardan dan produk2 yang ada kaitan dengan bidang kepakaran kami. Sila hubungan klinik jika ada kemeskilan atau ada cadangan2.


Sekian wabillahi taufik wasalam.


Dr Hamid Arshat

DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK - THE REAL MONEY 

DINAR AND DIRHAM - THE REAL MONEY

Mulai hari ini kita akan mula terima Dinar emas dan Dirham perak sebagai kaedah urusniaga diklinik saya. Saya percaya dan komited tentang masa depan dinar dan dirham sebagai matawang tulin, ini memang telah termaktub dalam Quran. Ada satu hadis (munkin sahih atau dhaif!) yg bermaksud 'akan tiba satu masa kelak ketika semua wang akan tak bernilai melainkan dinar emas dan dirham perak sahaja'

Setelah kian lama, saya dapati wang saya semakin jadi lemah dari sudut 'buying power' sedangkang emas dan perak semakin melambung naik harganya. Sebenarnya bukan emas dan perak yg naik harga tapi duit kertas kita semakin susut nilai. Sudahlah inflasi menggigit duit saya, harga barangan melambung dan Bank2 Pusat setiap Negara terus menerus mencetak wang dan ditaburkan dipasaran.

Mata wang kertas telah Berjaya menjadikan orang kaya menjadi lebih kaya , sedagnkan orang miskin menjadi Papa kedana.

Simpanlah sebahagian daripada harta anda , munkin dalam lingkongan 5-10% dari keseluruhan nilai harta anda dalam Dinar emas dan Dirham perak. Semoga diberkati Allah SWT