ENDOMETRIOSIS CAUSES PAIN, INFERTILITY, MICARRIAGE AND DAMAGE UTERUS, OVARIES

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS MEROSAKKAN PERANAKKAN TERUS MENERUS. e BOOK INI BERI GARIS PANDUAN TERPERINCI UNTUK MENCEGAH Click Here!

 

Gejala Endometriosis


Penyakit 'endometriosis' yg mana tanda utama ialah senggugut adalah diantara punca utama yg menyebabkan ketidaksuburan dan sukar hamil, malah yg hamil juga mudah gugur. Malangnya penyakit ini sering terus merosak peranakkan jika langkah tertentu tidak diambil.

 

Senggugut adalah tanda utama dan ia patut diambil berat walau pun jika berlaku pada gadis belum kahwin kerana munkin dari umor muda lagi penyakit endometriosis mula berlaku. Saya seorang pesakit baru berumur 21 tahun sudah dilanda penyakit adenomyosis yang amat terok, dimana hampir separuh rahim, dinding bahagian belakang rosak dan perlu dibuang. Endometriosis biasanya berlaku diluar rahim, bila berlaku dalam rahim ia digelar adenomyosis, biasanya ini melanda wanita yang sudah umor 40an.

 

Jadi macam mana endometriosis bolih tumbuh?

 

Ada beberapa teori tentang pertumbuhannya. Yang saya pegang kuat ada 2-3 faktor penting yg mana jika langkah2 awal diambil, munkin dapat dicegah sama sekali.


1. Kedudukan rahim yg Retroverted / kebelakang kearah tulang tonkin. hampir 80% wanita rahimnya kedepan / Anteverted. Ada 2 ligament / otot yg memegang rahim kedepan kearah perut, dipanggil 'Round Ligaments'. Jika ligament2 ini kendur dan tak kuat maka rahim akan jatuh kebelakang(retrverted). Kekenduran munkin berlaku semula jadi atau sejak lahir lagi.


Waktu haid turun ramai wanita akan mengalami tumpahan haid kebelakang rahim ( Retrograde menstruation) melalui saluran fallopian, tetapi wanita yg rahimnya retroverted lebih sering dan lebih terok mengalami masalah in berbanding mereka yg rahim anteverted.


Lama kelamaan tumpahan ini menyebabkan tumbuhan endometrium dibelakang rahim, dalam ovary, drkat pundi kencing, tali usus dan lain2 tempat

 

2. Kelemahan immunity atau ketahanan badan untuk menentang penyakit juga merupakan faktor penting menyebabkan tumbuhan endometriosis. Tidak semua yg mengalami tumpuhan darah haid kebelakang rahim dan yg rahim mereka retroverted akan ditimpa penyakit endometriosis. Hanya mereka yg ketahanan atau immunity rendah akan diserang.


Immunity rendah kerana tak makan sayur2 dan buah2 - sumber vitamins dan antioxidants yg berperanan menyapu bersih toksin2. wanita2 yg suka makan junk dan fast foods yg mengadungi banyak MSG juga mudah diserang. Bahan kimia, spray, cat, dan plastik dan sterofoam juga bolih melemahkan immunity.


Wanita2 yg sering diserang allergy juga lemah immunitymereka. Setengah makan yg mengadungi banyak phytoestrogen juga mudah mendedahkan wanita diserang endometriosis.

 

bersambung......

Panduan Mencegah Endometriosis

this lens's photo
Sila ikuti beberapa garis panduan bagi pesakit2 atau bakal2 pesakit Endometriosis
Semoga berguna dan bermanfaat
Text module

Endometriosis

 
SEE MORE
1. Jumpa doctor pakar sakitpuan (gyne) untuk diperiksa peranakan dan buat ultrasound scan khususnya vaginal scanning (TVS)

a. Setiap wanita samada sudah kahwin atau belum yang mengalami tanda2 berikut:
Senggugut yang teruk khususnya yang memelukan penawar sakit atau painkiller. Kesakitan ini munkin berlaku disebelah depan atau ari2 dan juga juga disertai sakit pinggang. Sakit ini munkin dirasai sebelum dan selepas haid dan munkin juga berlarutan. Kesakitan ketika mengadakan hubungan seksual dengan suami.

b. Wanita yang sukar hamil setelah satu tahun kahwin dan telah mencuba untuk hamil setelah memahami kaedah2 waktu subur. Bagi wanita yang lambat kahwin iaitu selepas umur 30 tahun perlu jumpa pakar sakitpuan setelah gagal untuk hamil selama 6 bulan.

c. Wanita yang mengalami keguguran diperingkat awal kandungan khususnya pada 3 bulan pertama kehamilan. Kalau kandungan berlaku berulang2 kali ia patut tampil jumpa pakar sakitpuan untuk menjalani beberapa ujian untuk mengesan punca keguguran.

d. Wanita yang mengalami perdarahan yang banyak dan berpanjangan, sama ada disertai dengan kesakitan atau tidak dan khususnya mereka yang dalam lingkungan umur 40an keatas.

2. Melakukan pembedahan untuk membetulkan rahim yang retroverted. Pembedahan ini digelar 'Ventrosuspension of uterus' atau ' Uplift Uterus' , bolih dilakukan secara laparocopy atau minilaparatomy.

Saya cadangkan gadis2 muda sebelum kahwin yang mengalami senggugut terok perlu dipantau dan jika rahimnya retroverted dan kesakitan semakin tidak bolih diatasi dengan rawatan biasa, pembedahan membetulkan rahim patut dilakukan. Saya telah menemui ramai gadis2 muda yang telah ditimpa penyakit endometriosis diperingkat yang terok dimana banyak kerosakkan telah berlaku. Pembedahan membetulkan rahim bolih mengawal pertumbuhan endometriosis.

3. Ubah tabiat dan adab makan, pemilihan makanan yang berzat dan berkhasiat. Jauhkan makanan yang mengandungi terlalu banyak penawet dan perisa ( Junk and Fast foods)


a. Lebih makan sayur2, ulam2 dan buah2 - Dari sini terdapat banyak sumber berbagai vitamin, logam2, essential amino acids. Antioxidant yang kesemuanya akan meningkatkan system pertahanan badan atau immunity. Saya percaya tisyu darah haid yang tumbuh menjadi endometriosis ada kaitan dengan wanita yang lemah ketahanan atau immunity. Ada kalanya, walau pun rahim retroverted wanita itu tak mengidap endometriosis sebab immunitynya tinggi dan dapat menangkis pertumbuhan penyakit tersebut.
b. Diantara buah2 yang dicadangkan ialah jambu batu, papaya, dragon fruit, water melon, green apple, red grape, delima., strawberry dan keroma.
c. Sayur dan ulam2 yang dimakan mentah sebagai salad atau rojak dan menggunakan virgin olive oil dan lemon sebagai dressing adalah baik dan berkesan untuk meningkatkan immunity.

4. Pengambilan supplement - Antioxidant dan Vitamin
Vit C 500 mg - 1 Gm sehari akan meningkatkan ketahanan untuk menangkis penyakit.
Vit E 400-800 IU setiap hari menigkatkan immunity
Multivitamins yang mengadungi B complex dan logam2, banyak jenama dipasaran , bolih dibeli dari mana2 farmasi.
Antioxidant juga penting untuk membersihkan toksin dan untuk membersihkan 'free radicals' yang menyebabkan sel2 mati. Kesannya mencegah penyakit dan awet muda, Klinik saya ada beberapa jenama - NuRev, Lipocarn, Q10, dan Optifive. Bolih dipesan dengan menalipon klinik 03-2094 1115 begin_of_the_skype_highlighting              03-2094 1115      end_of_the_skype_highlighting
Lain2 jenama antioxidant saperti Quercetin - beli melalui internet.

5. Penggunaan hormone natural progesterone.
Pengidap2 endometriosis mengandungi hormone estrogen dalam tahap yang terlalu tinggi dan tidak cukup kandungan progesterone. Ini menyebabkan sel2 yang sensitive kepada tindakan estrogen saperti endometrium, sel2 payu dara tumbuh membiak tanpa kawalan, biasanya progesterone biasa yang counter tindakan estrogen. Ini menggalakkan tumbuhan endometriosis, fibroid dan tumbuhan payu dara.
Pil2 progesterone saperti Norculut biasa saya gunakan untuk merawat endometriosis. Walau demikian ada juga Krim progesterone yang dijual dipasaran internet, yang biasa disapukan pada depan siku atau belakang lutut mengikut dos yang di syorkan. Progesteron biasanya tidak memberi side effect.

6. Penggunaan Pil Antinflammatory
Peroses pertumbuhan penyakit endometriosis melibatkan reaksi radangan atau inflammation terok menyebabkan kerosakkan tisyu berlaku pada tempat pertumbuhan endometriosis dan kawasan sekitaran.
Makanan kita saperti papaya dan nenas banyak mengandungi enjim2 yang ada kesan untuk mengurangkan radangan /inflamasi tisyu - papase dalam papaya dan bromalin dalam nenas. Produk ini bolih dipesan dari klinik saya,
Dalam pasaran internet bolih beli 'Serrapeptase' yang sama kesan saperti enjim2 diatas.

7. Perkara2 yang perlu dijauhkan.
a, Minuman kopi dan teh selain teh hijau dan minuman fizzy/carbonik tidak digalakkan dan patut dijaukan. Sedangkan air paip juga dipercayai mengadungi sisa2 estrogen dari pil perancang yang masuk air melalui kencing.
b. Segala jenis insecticide spray, racun rumput rumpai ,cat2, bahan2 kimia dalam sabun dan bahan2 pencuci dan dalam shampoo, gas fume dari kereta, kilang air conditioner. Kemua patut dielakkan jika bolih, cuba guna bahan2 organic.

8. Tenangkan fikiran dan Relax - teguhkan iman dan tingkatkan taqwa.
Berbagai kaedah bolih digunakan untuk mencapai ketenangan fikiran , kecerian emosi dan kestabilan rohani. Hakikat ini sangat penting kerana bila stress, ketahanan badan dan immunity lemah dan penyakit mudah menyerang.
a. Riadah atau exercise sangat penting - 30 minit sehari, tak kisah apa bentuk pun asalkan keluar peluh dan mengikat kegemaran masings2
b. Pilih satu hobi sama ada musik, melukis ,mengail ikan atau lain2 yang bolih melapangkan fikiran.
c. Sicialise - cari rakan dan teman yang mengajak kepada membuat kebajikan, menolong orang susah atau miskin.
d. Bagi musliminat - solat , baca quran, doa dan berzikir. Bagi ugama lain meditation, yoga dan lain2 yang dapat mentenangkan fikiran dan melapangan jiwa.

Text module

Adenomyosis - peringkat terakhir endometriosis 

Adenomyosis meyebabkan sakit dan perdarahan rahim

Bila endometriosis tidak dapat dikawal , tumpahan darah haid akan berterusan dan kerosakakn rahim akan berlaku. Sering berlaku dalam umur 40an, tapi gadis muda pun tak terkecuali apabila penyakit endometriosis mengila2.

Rahim akan menjadi bengkak dan terus membesar akibat serangan tisyu darah haid, menimbulkan radangan dan fibrosis pada tisyu otot rahim. Dari otot ia berubah menjadi tisyu fibrous dan setiap kali datang haid, reaksi2 radangan berlaku dalam dinding rahim menyebabkan senggugut yang amat sangat.

Perdarahan haid pun menjadi lebih banyak dan berpanjangan sehingga menyebabkan kehilangan darah yg amat banyak. Akhirnya pesakit mengalami anemia - kaedaan kurang darah - dan sering memerlukan bantuan tranfusi darah.

Apabila gejala2 tersebut diatas telah berlaku, doktor tak ada pilihan melainkan bedah buang rahim atau hysterectomy.

ALHAMDULILLAH...Selepas 4 bulan menjalani pembedahan retroveted uterus,endo n ovarian cyst di klinik prof, sy disahkan hamil. 10 ogos 2010 sy selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.08kg. TERIMA KASIH prof, atas usaha dan ikhtiar...syukur dengan kurniaaNYA setelah 5 tahun perkahwinan kami...

Wahidah Wahab

Natural Progesterone For Endometriosis 

This progesterone cream is extracted from yams . Suitable for menopausal problems including arthritis, Endometriosis and other menstrual problems. Strongly recomeded.

AIM Renewed Balance progesterone cream

Amazon Price: $35.00 (as of 08/29/2010) Buy Now

Endometriosis Therapy Supplement 

Take anti oxidants to clear free radicals and toxins in your body that cause cell damage. Recommeded for Endometriosis therapy.

Jarrow Formulations Jarrow Quercetin 500mg, 100 Capsules

Amazon Price: $10.72 (as of 08/29/2010) Buy Now

Endometriosis complementary therapy 

Anti Inflammatory that can help prevent endometriosis disease process

Doctor's Best Best Serrapeptase (40, 000 Units), 90-Count

Amazon Price: $15.59 (as of 08/29/2010) Buy Now

LOOKING FOR WEIGHT LOSS SUPPLEMENTS? 

Why not try these . Will assist you achieve you goal. At least 10 % down in 3-6 months

ACAI Fat Burn #3 all Pure Diet Pill with Green Tea, Grapefruit, Apple Cider, and more for Weight Loss and fat burning

Amazon Price: $35.00 (as of 08/29/2010) Buy Now

A large endometriotic cyst of ovary. Chocolate paste contents. very severe case
Hysterectomy and oophorectomy - large endometriotic cyst and adenomyosis of uterus
Adenomyosis uterus- uterus enlarged 5 x normal size
Adenomyosis of uterus cut open. see the thickened fibrotic muscle walls
ADENOMYOSIS - END RESULT SEVERE ENDOMETRIOSIS DAMAGED UTERUS