PCOS USUALLY ASSOCIATED WITH OBESITY, INFERTILITY, ABORTIONS, MENSTRUAL PROBLEMS

PCOS - Kedua ovary bengkak, selaput luar tebal, didalamnya banyak bubble2 atau polycytss

PCOS - Laparocopy . Ovarian Drilling, lihat alat electrocautery dimasukkan kedalam ovary

Scan PCOS - lihat 'honey comb' saperti sarang madu lebah

MENGAPA PCOS TAK SUBUR

 

 

Olih sebab gangguan hormon perangsang telor iaitu FSH dan LH, maka peroses permatangan telor yang biasa berlaku dalam ovary menjadi terganggu. Biasanya peroses pematangan telor berlaku sejurus darah haid mula turun. Dari sel benih (germ cell) dalam ovary , ia membentuk karung telor atau follicle yg kan membesar selama 13-16 hari sehingga karung felor in mencapai saiz 20 mm.



Pembesaran karung telor dirangsang olih hormon FSH. dan dalam folicle ini ada ovum atau benih. Apabila mencapai saiz 20 mm pada hari ke14, follicle ini pecah dan mengeluarkan ovum saperti benih biji getah bila buahnya pecah, biji2 terkeluar dari karung buah tersebut.



Pada hari ke14 ovulation berlaku dan ovum bersedia untuk disenyawa/fertilize.

Malangnya pesakit PCOS tak dapat mencapai tahap ovulation dam peroses pematangan telor terganggu dan terhenti pada peringkat saiz follicle 4-5 mm saja, jadi telor tak bolih matang dan ovulation tak berlaku.



Peroses ini berlaku berulang2 saban bulan sehingga bertimbun follicle2 dalam ovary menjadikan ovary bengkak. Bila tak ada ovulation, haid pun tak datang.



Mengapa peroses pematangan telor ini terganggu? Punca ada cacat baka (chromosome dan gene) dan lain toksin serta gangguan biokimia dalam tubuh badan yg sering gemok dan mengalami insulin resistant.

Rahsia Kurus Badan 

 

 

Usaha untuk mengurangkan berat badan bagi pesakit PCOS adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan, iaitu menjadai hamil. Biasanya saya beri pengidap2 PCOS ubat kurus badan, ubat kurangkan gula dan ubat imbangkan hormon. Tapi malangnya kadar kejayaan kuruskan badan amat mengeciwakan. Sedikit saja yg berjaya maknya dapat kurungkan 10% dari tahap berat asal

Malah ada pula yg meningkat berat badan walau pun makan ubat2 supplement yg saya beri. Sungguh menghampakan.

Sebenarnya faktor terpenting dalam usaha kuruskan berat badan ialah Pengurangan makanan pada keseluruhan, khusnya pemakanan yg mengadungi karbohaidret dan gula. Contoh2 makanan tersebut ialah, nasi , mee, roti canai, spageti, coklat, ais krim, kueh2, cookies dan banyak lain2. Makan ini semuanya patut dikawal ketat, makan sedikt saja jangan lebih atau tambah.

Masalah pokok ialah tabiat makan yg tak terkawal, mereka ini didepan orang makan sikit, rasa malu, tapi belakang orang makan bertambah2. Waktu menonton TV atau berehat makanan sampingan junk foods tak putus2 dikonyah. Orang gemok sebenar terlebih makan daripada apa yg diperlukan olih badan untuk kegunaan tenaga, repair sel dan tisyu dan pertumbuhan organ.

Mereka juga makan telalu cepat , belum sempat makan jadi lumat ketika dikonyah dalam mulut sudah ditelan. Ini tabiat tak baik. Biasa kantung perut akan menghantar signal keotak yg ia dah penuh / kenyang, Tapi ada tempoh jarak waktu atau lag time lebih kurang 20 minit. Olih itu orang tabiat makan slow2 dan konyah makanan perlahan2 tidak akan terlebih makan.

Orang gemok ada lah dalam keadaan 'self denial', mereka tak akan mengaku makan banyak. Ini adalah satu keadaan yg memerlukan bantuan ahli pakar saikoloji. Mereka memerlukan counselling dalam mengatasi situasi ini

Sata cadangan dikemukan kepada saya untuk menubuhkan satu Kelab yg mana ahli2 terdiri orang terlebih berat badan dan perlu bantuan. Yang Keahlian seumur hidup RM 1,900, dan ahli akan dapat macam2 keistimewaan, dan perkhimatan couselling perbadi atau group. Apa pandangan pembaca? Sila komen.

Polycystic ovary dan kesuburan

  SEE MORE

 

Munkin ramai yg tak tahu apa itu pnyakit 'Polycystic Ovary Syndrome' atau PCOS. Ia adalah satu kompleks penyakit yg tanda2 utama ialah

1.Kitaran dan keluaran darah haid yg tak menentu dan luar biasa, kadang tidak keluar haid, kadang keluar berterusan dan tidak berhenti, haid banyak dan berketul dan lain2 gejala haid.

2. Ketidaksuburan dan Kemandulan. Ini satu masalah bagi pasangan2 yg sangat2 inginkan zuriat, bukan saja PCOS ini menyebabkan sukar nak hamil tapi ia juga menyebabkan gugur yg bolih berulang2.

3. Kegemokkan , berat badan yg meningkat secara mendadak dan bolih sampai ketahap yang mengganggu kesihatan , menimbulkan penyakit2 kencing manis dan darah tinggi dll.

4. Sifat2 kelakian saperti tumbuh misai, janggut, rambut dikaki dan lain2 tempat, jerawat dan lain2 sebab kandungan hormon lelaki meningkat.

MERAWAT MASALAH KEMANDULAN

Merawat masalah kemandulan dan gugur berulang kali menjadi satu cabaran besar bagi saya kerana faktor penyebab bagi penyakit PCOS adalah banyak dan faktor2 ini sering bertindeh antara satu sama lain. Ada faktor yg tidak bolih diubah manakala kebanyakkan faktor penyebab pcos bolih dikawal dan diperbetulkan demi untuk mencapai kejayaan untuk mendapat zuriat.



1. Faktor baka dan keturanan- seringkali ini ada kaitan dengan penyakit kencing manis/ diabetes dalam ahli keluarga terdekat saperti ibu , ayah dan adek beradek. Terdapat sesuatu keganjilan dalam keromosom dan gene mereka dan ini tidak bolih di ubah. tetapi terdapat banayak faktor sektaran dan dalam tubuh yg masih bolih diubah untuk menadikan pengidap PCOS subur dan berjaya untuk hamil.



2. Faktor pemakanan yg tak seimbang dan tak berzat - makanan2 yg mengandungi terlalu banyak karbhaidret saperti nasi , mee, roti canai, kueh2 melayu, segala jenis manisan saperti choklat, ais krim dan cookies, fast dan junk foods. makanan2 tersebut jika berlebihan akan meyebabkan tahap gula dalam darah naik dan seterus akan ditimbunkan sebagai lemak.
Peningkatan berat badan akan berlaku secara mendadak menyebabkan masalah obesity yg terus akan menimbulkan berbagai masalah kesihatan khususnya kencing mainis dan darah tinggi,
Perubahan dalam imbangan hormon akan mengganggu peroses pematangan telor / ovulation yg semakin jarang atau tak berlaku langsung. Ini akan menyebabkan seorang wanita tak subur dan tak hamil.



3. Penigkatan tahap 'Toksin' atau racun dalam badan akbat dari obesity, stress ( fizikal dan mental), penggunaan bebagai jenis bahan kimia, insectide, cat, dan plastik, dll dalam kehidupan kita juga ada kesan penurunan kesuburan. Toksin menyebabkan hormon subur atau perangsang telor tak dapat bertindak untuk mematangkan telor.



4. Kebanyakkan pengidap PCOS adalah juga gemok/ obese dan setengah mengidap kencing masih dan sebahgian besar menjadi 'potential diabetics'. Berlaku dalam tubuh badan mereka apa yg digelar insulin resistant dan ini menyebabkan lebihan gula dalam badan tak dapat dipecahkan dan seterusnya bertimbun jadi lemak.



Saya sering menyarankan kepada para pengidap PCOS betapa pentingnya menurunkan berat badan agar kesuburan dapat dipulihkan dan seterusnya mudah untuk hamil. Disamping itu saya juga beri 4 jenis supplement untuk tujuan
1. Pecah lemak supaya mudah susut badan, ia juga bertindak untuk mengurangkan selera makan, pil ini dimakan pagi hari sebelum sarapan atua sebelum sahur
2. Ubat untuk meningkatkan sensitivity terhadap insulin , agar kandungan gula dalam badan dapat dikurangkan.
3. Ubat untuk mengurangkan paras hormon lelaki yg biasanya meningkat dalam PCOS, bila kandungan hormon menjadi seimbang, telor mudah mencapai tahap permatangan.
4. Antioxidants yg bertujuan untuk mengurangkan toksin dan free radicals dalam badan dan seterusnya memudahkan tindakan pil subur dan hormon perangsang telor.

 

Bergantung pada pada ubat selamanya pun tak bolih kerana kemunkinan' long term side effects'.Walau demikian hasil usaha menerunkan berat badan  tidak begitu menggalakkan. Kebanyakkan akan terus gagal, ada yang turun sekejap tapi naik balik, mereka tak bolih kekalkan usaha, hanya sebahagian kecil sahaja yang betul2 berjaya dan hasilnya kehamilan. Dalam menangani masalah ini wanita tak kuat azam, kurang ketabahan dan keperhatinan. Sering kali saya sendiri rasa hampa.



Hormon/Pil Subur

Dalam PCOS, Kedua Ovary jadi bengkak dan dalamnya ada banyak 'bubbles' (honeycomb appearance) yg kelihatan ketika buat vaginal scanning . Ubat subur dos biasa tak berkesan untuk merangsang peroses pematangan telor. Kita perlu dos tinggi atau hormon gonadotrphin yg diberi secara suntikan, kadang ini pun gagal untuk ransang pematangan telor.
Keseluruhan saya bolih katakan hasil kejayan untuk mendapat telor2 yang matang agak tinggi hingga 60-70% , tapi kadar kejayaan untuk hamil masih dalam lengkongan 30-40 % saja.