Dermoid cyst of ovary atau Terratoma 

Dermoid Cyst

Banyak jenis tumbuh pada kilang telor ovary, kebanyakkan mengandungi air sahaja dan cyst ini bergelar follicular cyst dan akan pecah bila mencapai saiz lebih kurang 5 cm dan airnya akan diserap olih badan.

Corpus luteal cyst juga sering berlaku diperingkat awal kehamilan, kadang kala saiznya melebihi 5 cm. Cyst ini akan juga pecah sendiri dan airnya diserap badan. Jangan patuhi jika doctor nak bedah diperngkat awal kehamilan.

Endometriotic cyst mengandungi darah haid dan sering digelar 'chocolate cyst' lihat dibawah.

Kandungan Dermoid cyst ini termasuk lemak dan minyak, rambut, cartilage, kadang2 kita temui tulang dan gigi, macam mana ia berlaku?

Tisyu2 tersebut tidak sepatutnya tumbuh dalam ovary kerana asal usul tisyu tersebut ialah sel2 ectoderm yang biasa membentuk kulit, cartilage dan tulang, sedangkan asal usul sel2 dalam ovary ialah endoderm. Sebab itu digelar terratoma, iaitu sel2 terrorist yang menyerang kawasan orang lain. Mengapa berlaku tidak diketahui.

Very large ovarian cyst

 

Look at this abdomen , appears like she is pregnant with twins, but she has a very large ovarian cyst

 

The content of her cyst

 

Straw coloured fluid in all those containers including a pail. It was a benign cyst, no cancer in spite of very large size.

Cervical erosion

BILA LAPORAN PAP SMEAR ‘ABNORMAL’

 

Ujia Pap Smear bolih mengesan beberapa jenis penyakit dalam faraj dan dipangkal rahim. Bila anda buat pap smear, biasanya pada kebanyakkan wanita laporannya adalah ‘ normal pap smear. Bila ini berlaku rasa legalah wanita tersebut, majority wanita akan menerima laporan saperti ini. Kadang kala pihak klinik atau hospital tidak menghubungi langsung wanita berkenaan sebab ‘ no news mean good news’ maknanya ia tidak ada kanaser.

 

 

 

Bila laporan sampai dan dikatakan ‘abnormal pap smear’ apakah ertinya. Kemunkinnya adalah saperti berikut:

 

  1. Class2 – inflammatory cells . Ramai akan dapat laporan begini. Ini menandakan adanya jangkitan kuman dalam faraj dan pintu rahim. Jenis2 kuman yang biasa menjangkiti ialah kuman bacteria , kulat atau candidiasi ( yeast infection), kuman trichomonas vaginalis dan lain2 jenis virus yang mana salah satu daripadanya HPV atau human papilloma virus adalah dikaitkan dengan kanser cervix.
    Rawatan khusus dengan ubat2 antibiotik, antifungal dan sebagainya akan diberikan. Ubat vaginal pessary saperi peluru dimasukkan kedalam vagina untuk beberaba hari. Sila ikut makallah dibawah untuk lebih jelas lagi.

 

 

  1. Class 3 – Dysplasia cells. – In bermakna ada sel2 cervix yang telah berubah bentuk dan berpotensi untuk terus maju menjadi ‘prekanser’ dan seterusnya kanser pangkal rahim. Wanita perlu dipantau dengan rapi segala rawatan saperti jangkitan kuman akan dikenakan. Dan ujian pap smear diulang dalam tempoh 1-3 bulan.


 

 

  1. Class 4 Carcinoma in Situ – Ini menandakan sel2 pangkal rahim telah maju hamper keperingkat kanser cervix. Kes2 ini perlu buat pemeriksaan lanjut iaitu teropong colposcopy untuk megesan dimana kawasan yang terlibat dan seterusnya buat ‘biopsy. Iaitu ambil secebis tisyu yang abnormal dan duhantar kemakmal untuk histopathology untuk menentukan sel2 sudah jadi kanser atau belum.
    Cone Biopsy adalah satu pilihan untuk buat ujian penentuan jika colposcopy tak dilakukan. Kelebihan cone biopsy ialah , jika sel2 itu hanya dysplasia saja atua CIN (carcinoma in situ) saja dan prosedur cone biopsy telah dapat membuang sel2 tersebut, maka rawatannya sudah selesai.

 

 

 

 

  1. Class5 – Sel2 Kanser pangkal rahim. Ini memang dah sahih kanser tapi mash perlu kepastian dengan cervical biopsy dan histopathology

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Abnormal cells in pap smear

Colposcopy dan cervical biopsy

Cone Biopsy

Kanser Pangkal Rahim

Jangkitan kuman dan keputihan

 
Cervical Erosion dan jangkitan kuman pada faraj mengganggu hubungan suami isteri


Masalah jangkitan kuman dan keputihan

  Masalah Keputihan

Soalan

salam doc sebagai seorang pakar sakit puan doc mesti banyak tahu masalah keputihan dan vagina longgar...Kebanyakan artikal yang saya baca vagina longgar sebab beranak.Tapi bagaimana pula otot vagina longgar tanpa ada sebarang kelahiran mahu pun kurang melakukan persetubuhan..adakah ia longgar dari faktor keputihan yang terlampau atau pun lain sebab

Jawapan

Tanpa membuat pemeriksaan sukar nak buat pengesahan apa punca sebenar masalah puan. Tapi saya bolih buat andaian berdasarkan ilmu dan pengalaman saya.

Biasanya keputihan disebabkan olih jangkitan kuman - kuman2 bakteria, kulat atau yeast..Tricuomona, Virus dan lain. Keputihan kadang keluar terlalu banyak menysbabkan banyak gangguan pada wanita.

Jangkitan lebih sering berlaku pada wanita gemok yg berpotensi kena kencing manis, yang sedang hamil, pakai alat IUD, atau siapa2 saja. Wanita yg ada erosion pada pangkal rahim dan ia sering dan berulang kali mudah dijangkiti kuman.

Puan munkin mengidap penyakit sedemikian .Olih itu keadaan faraj jadi longgar waktu mengadakan persetubuhan kerana ada lender keputihan yang terlalu banyak.

Saya cadangkan puan jumpa pakar sakitpuan untuk diperksa dan buat kepastian apa masalah sebenarnya.

Rawatan bergantung pada sebab, kuman perlu diubati dengan ubat antibiotic yg sesuai, Kegunaan ubat pessary berbentuk saperti peluru yg mengandungi ubat2 untuk membunuh kuman tertentu bolih digunakan dan ia perlu dimasukkan kedalam faraj setiap hari selama 5 hari.

Kebersihan faraj perlu dilakukan dengan kaedah 'douching' dan Sitz Bath yang bolih dipelajari dari doctor atau nurse.

Kuatkan immunity dengan makan Vit C 1 Gm dan E 400Iu setiap hari . Jika gemok badan, kena usaha kuruskan badan, kurangkan makan karbohaidret dan gula. Lebihkan sayur2 dan buah2 dalam sajian makan.

Keputihan dari jangkitan kuman

Cervicitis

Nak hamil tapi dah ikat saluran fallopian

Apa pilihan rawatan bagi wanita yg telah diikat fallopian (tubal ligation) dan nak hamil lagi.

Sambung Balik Saluran Fallopian 

SOALAN

salam..doc saya ingin tahu sangat bagaimana cara untuk saya mengandung lagi setelah saya di ikat selepas melahirkn anak melalui pembedahan sebanyak 3 kali..

JAWAPAN

Anda telah buat keputusan memberi kebenaran untuk ikat fallopian tube tanpa minta pandangan atau second opinion dari orang lain. Walaupun dah kali ke3 C section untuk beranak, tidaka semua pakar bidan akan membuat 'tubal ligation' . Saya sendiri tidak bebuat demikian khususnya jika ibu itu masih muda, bawah 35 tahun. Pernah saya buat C section senyak 6 kali pada wanita sama.
Doktor pakar bidan tiada hak memaksa sesiapa untuk ikat lepas 3 kali bedah.

Perkara perlu jadi ingatan kepada semua wanita sebelum buat keputusan ikat, cuba dapatkan pandangan dari pihak lain dulu. Tapi bagi puan 'tubal ligation' dah di buat , tapi puan nak hamil lagi. Memang sukar untuk mengatasi masalah ini. Saya ada beberapa pesakit yg dalam kaedaan dilema yg sama, tapi mereka ada kematian suami atau bercerai dan kawin lelaki lain. Dala situasi begini, ada dua pilihan rawatan ;

1. Bayi Tabung Uji atau IVF - rawatan ini memang mahal harganya antara RM 10-20,000, bergantung sama ada dilakukan dihospital kerajaan atau swata. Kadar kejayaan untuk hamil dalam lengkungan 10 - 40 %

2. Bedah untuk sambung balik saluran fallopian - jika dilakukan dihospital kerajaan ia percuma, tapi ada kah doktor pakar yg sanggup buat? Dihospital swasta, kos tinggi munkin antara RM 6 - 10,000. Tetapi kadar kejayaan untuk hamil juga sama iaitu antara 10 - 40 %. Kejayaan bergantung sebanyak mana saluran fallopian telah rosak ikibat dari tubal ligation.

Walau apa pun pilihan rawatan ia akan melibatkan kos dan prosedur2 atau pembedahan yg ada bersangkutan dengan risiko. Pilihan ketiga ialah agar tidak berbuat apa2 dan berserah kpd Allah serta redha.

MOLAR PREGNANCY

Molar Pregnancy - Hysterectomy done to avoid Cancer risk

Molar vesicles - grape like

Close up Molar Vesicles